the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kenyataan Ahmad Zahid buktikan kesatuan pimpinan kerajaan perpaduan – Fahmi

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan pimpinan UMNO supaya tidak ‘mengusik’ rakan-rakan parti komponen membuktikan semangat perpaduan dalam kerajaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata bahawa kenyataan tersebut mencerminkan kesatuan hati dalam kalangan pimpinan kerajaan serta matlamat bersama untuk mencapai kestabilan politik demi membangunkan negara.

“Ringgit semakin mengukuh berbanding tahun lalu, pelaburan dan perdagangan semakin meningkat, dan kita dapat melihat Malaysia meraih kejayaan demi kejayaan.

“Perdana Menteri telah dinobatkan sebagai antara 15 pemimpin Islam berpengaruh di dunia, bukankah kita wajar berasa bangga?” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Pos Sedunia 2024 di sini hari ini.

Beliau percaya bahawa kefahaman yang terjalin dalam kalangan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan akan membolehkan usaha yang lebih baik dilakukan bagi menempatkan Malaysia dalam kedudukan yang cukup dihormati di persada dunia.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Nur Jazlan Mohamed yang meminta Pakatan Harapan (PH) memohon maaf secara terbuka kepada UMNO atas serangan selama berdekad terhadap parti itu adalah bersifat peribadi.

Ahmad Zahid berkata beliau telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua-ketua parti komponen selepas mesyuarat Jemaah Menteri semalam dan bersepakat mengenepikan perbezaan serta menjalin kerjasama lebih baik bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Umum.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings