the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rampas produk kosmetik bernilai lebih RM50,000 di sempadan Malaysia-Thailand

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik dianggarkan bernilai RM59,330 dalam Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata kesemua barangan kosmetik itu ditemukan dalam beberapa kotak berwarna coklat pada kira-kira 12 tengah hari di pengkalan haram di Pok Dik, Pasir Mas.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati ada 741 unit produk kosmetik yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa sebarang dokumen sah.

“Kesemua produk itu disyaki untuk pasaran tempatan dan semua rampasan telah diserahkan ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram di Kedap, Rantau Panjang pada 11.30 malam hari yang sama.

Polis menemukan 216 botol ubat batuk dianggar bernilai RM2,160 dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings