the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Kudat

KUDAT: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah dan sebuah kenderaan di Kampung Pituru di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu pihaknya menerima panggilan pada 10.10 malam sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

Beliau berkata seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 45 kilometer sekitar 10.46 malam dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan itu.

“Seorang wanita Lo Hiong Lan, 76, rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat itu dan mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pemeriksaan sekitar kawasan terbabit telah dijalankan dan punca kebakaran belum dikenal pasti.

Operasi ditamatkan pada 2.25 pagi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings