the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba selamatkan 25 mangsa terperangkap dalam kejadian kepala air

KUALA LUMPUR: Seramai 25 orang berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Selayang dekat sini, kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Mereka bagaimanapun berjaya dibawa keluar ke kawasan selamat oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.41 tengah hari dan enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan sebaik sampai di lokasi, didapati seramai 25 orang mangsa terperangkap di kepala air (terowong sungai) dan kerja-kerja membawa keluar mangsa telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Suhaimi Samoory ketika dihubungi Bernama mengesahkan operasi menyelamatkan mangsa terdiri daripada 20 warga tempatan dan lima warga Indonesia, dalam lingkungan umur 20 hingga 40 tahun, telah selesai.

“Ketika kejadian, kesemua 25 mangsa sedang beriadah dan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Karak menggunakan sungai itu dan terperangkap di terowong sungai terbabit.

“Terdapat satu lagi kumpulan seramai 39 orang yang menggunakan terowong berkenaan dari arah Karak menghala Kuala Lumpur dan kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri tanpa bantuan pihak bomba,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings