the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif – Rafizi

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melihat keperluan memanjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) daripada 12 bulan kepada 24 bulan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.

“Projek rintis ini adalah untuk kita tengok bagaimana sistem ini beroperasi serta maklum balas yang kita boleh dapat.

“Kita mahu memastikan keluk pembelajaran yang kita letakkan dalam pendekatan ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin,“ katanya dalam sesi dialog awam Dasar Gaji Progresif di sini, hari ini.

Sebanyak RM50 juta disediakan bagi pelaksanaan projek rintis DGP bermula Jun lepas termasuk pembayaran insentif kepada 1,000 majikan.

Pembayaran insentif kepada majikan dijangka pada Oktober depan apabila majikan mengemukakan tuntutan yang memenuhi syarat ditetapkan.

Dalam pada itu, Rafizi berkata majikan tidak sepatutnya melihat Dasar Gaji Progresif sebagai menambah beban kos kepada mereka.

Beliau berkata dasar itu bertujuan mempercepatkan peningkatan kemahiran pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana.

“Mereka (pekerja berkemahiran) akan dapat mengendalikan perkara yang rumit untuk mencipta nilai (kepada syarikat),“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings