the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata kesalahan teknikal pada kenderaan mencatatkan kesalahan tertinggi iaitu 111,837 diikuti tiada lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh (30,142), lesen kenderaan motor tamat tempoh (17,799) manakala bakinya melibatkan pelbagai kesalahan lain.

“Kesalahan teknikal ini melibatkan antaranya tayar botak, lampu isyarat rosak… peningkatan jumlah ini mungkin kerana pemandu tidak mengambil berat mengenai kenderaan masing-masing.

“Kita nasihatkan pemandu untuk memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan,“ katanya pada sidang media selepas menyertai Op Patuh Bersepadu JPJ Selangor di Plaza Tol Puchong Selatan hari ini.

Menerusi operasi itu, sebanyak 1,217 kenderaan diperiksa dan 583 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain tiga kenderaan disita.

Operasi itu, yang bermula pada kira-kira 9 malam, disertai 82 anggota JPJ, 34 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, 10 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta 10 petugas syarikat konsesi lebuh raya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings