the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke perlumbaan pembuka tirai siri GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda adalah bagi menyaksikan penyertaan paduka anakanda iaitu putera bongsu, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam Sabtu (April 20).

Bersama-sama rakan sepasukan Jordan Love, Tunku Abu Bakar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-7 dalam kategori Pro-Am dan ke-10 bagi keseluruhan perlumbaan yang disertai 33 kereta lain.

Turut berangkat Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim serta Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Perlumbaan kedua bakal berlangsung pada 11.30 pagi esok dan akan disiarkan secara langsung di saluran GT World di YouTube.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings