the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga bazar diingatkan letak tanda harga, KPDN P.Pinang pantau setiap hari

BUTTERWORTH: Para peniaga terutama di bazar Ramadan seluruh Pulau Pinang diingatkan supaya meletakkan tanda harga dengan jelas dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri S. Jegan berkata pihaknya akan mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan di bazar Ramadan setiap hari mulai hari ini, dalam memastikan semua peniaga mematuhi peraturan ditetapkan selain menjamin keberadaan bekalan barangan keperluan.

Beliau memaklumkan terdapat 80 bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh negeri itu dan tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, sekiranya pemeriksaan mendapati berlaku ketidakpatuhan oleh peniaga terbabit.

“Pelaksanaan penguatkuasaan bersasar dan seragam ketika bulan Ramadan seterusnya Aidilfitri ini merupakan sebahagian daripada Ops Pantau 2024 dan akan dilakukan secara lebih kerap ke atas bekalan barang yang menjadi tumpuan rakyat pada bulan Ramadan dan Hari Raya Adilfitri seperti gula, ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum,beras, barang basah dan barang untuk membuat kuih muih.

“Selain bazar ramadan, operasi turut menumpukan kepada lokasi sasaran seperti bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar pagi dan pasar malam, pasar raya, pasar mini, kedai runcit serta penjualan secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KPDN juga akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara lebih fokus dan efektif ke atas premis perniagaan yang mengadakan jualan murah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings