the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gelar UiTM institusi aparteid: Polis akan panggil Andrew Sia dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penulis kolumnis sebuah portal berita dalam talian Andrew Sia dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung satu artikel bertajuk “Our Apartheid Academy, UiTM” yang diterbitkan pada 22 Mei lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata semakan terhadap portal berita terbabit sedang dibuat untuk turut memanggil pengarang portal berkenaan bagi memberi keterangan dalam membantu siasatan.

“Setakat hari ini sebanyak 38 laporan polis telah diterima,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan polis akan memohon pemprofilan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mendapatkan butiran Andrew Sia untuk membantu siasatan.

Laporan polis pertama dibuat oleh ketua penerangan sebuah parti politik di Balai Polis Dang Wangi baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh sebelum ini menuntut portal terbabit untuk menurunkan artikel itu dan menggesa Sia mengeluarkan permohonan maaf.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana penghinaan yang disengajakan untuk mencetus pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana penggunaan kata-kata yang menghina.

Media semalam melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan ke atas kolumnis, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa UiTM mengamalkan sistem aparteid.

Semalam, Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam yang terdiri daripada 20 Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam Malaysia menyokong pendirian Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk kekal berpegang kepada Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings