the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kestabilan politik kunci pembangunan Sabah setanding Sarawak – Masidi

KOTA KINABALU: Kestabilan politik dan kesinambungan kepimpinan menjadi faktor utama bagi membolehkan Sabah mencapai tahap pembangunan setanding Sarawak, menurut Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata ketidakstabilan politik yang dialami Sabah sehingga mempunyai 16 Ketua Menteri berbanding hanya enam Premier dan Ketua Menteri di Sarawak sejak 1963 telah menjejaskan usaha penyelesaian masalah asas dan pembangunan negeri.

“Kita dibandingkan dengan Sarawak, masalah Sabah ialah kerajaan sering berganti. Ini sendiri mencerminkan betapa tidak stabilnya kedudukan politik dan kerajaan yang sering bertukar ganti,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat 2025 di sini hari ini.

Masidi, yang juga Menteri Kewangan Sabah, menegaskan bahawa negeri ini perlu mencontohi pemikiran dan sikap rakyat Sarawak yang mengutamakan kestabilan politik dan kesinambungan usaha pembangunan.

Beliau turut menyentuh mengenai sikap ego dalam politik yang masih menjadi penghalang utama dalam mewujudkan kestabilan politik dan kerjasama antara parti di Sabah.

“Jika kita terus berpegang kepada sikap ‘saya mesti menang, yang lain mesti kalah’, rakyat Sabah tidak akan bersatu selama-lamanya. Kita mesti melihat kepada kepentingan yang lebih besar, iaitu membangunkan negeri ini bersama-sama,“ katanya.

Masidi juga menekankan bahawa kekayaan sumber yang dimiliki Sabah tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya tanpa semangat perpaduan dan kesediaan bekerja keras dalam kalangan rakyat dan pemimpin. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings