the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Kedah tumpas sindiket penyelewengan diesel di Baling

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di daerah Baling, semalam.

Pengarahnya Muhammad Nizam Jamaludin berkata serbuan pada 1 tengah hari oleh anggota dan pegawai KPDN Cawangan Baling itu hasil risikan sejak beberapa minggu lepas.

“Ketika serbuan terdapat tiga lelaki warga tempatan berumur antara 20 hingga 30 tahun sedang mengisi minyak diesel ke dalam tiga tong plastik yang berada di bahagian belakang sebuah lori.

“Pemeriksaan lanjut menemukan minyak diesel dianggarkan berjumlah 500 liter bernilai RM1,075 telah diisi ke dalam tong-tong plastik berkenaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang individu yang mengaku sebagai pemilik lori itu gagal mengemukakan sebarang permit yang sah untuk memiliki barang kawalan berkenaan.

“KPDN telah menyita minyak diesel berkenaan bersama tiga tong plastik berkapasiti 200 liter setiap satu dan sebuah lori yang jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai lebih RM25,000. Tiga lelaki berkenaan serta seorang pekerja stesen minyak itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings