the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isteri penyelia jatuh kren terima faedah bulanan Perkeso sepanjang hayat

GEORGE TOWN: Balu kepada penyelia kren yang maut ketika menyelenggara ladle crane dekat sini pada 5 Mei lepas, layak menerima Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM2,673 sepanjang hayat dan Faedah Pengurusan Mayat RM2,000 secara sekali bayar daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata A.Komlah, 49, layak menerima faedah berkenaan menerusi Skim Bencana Pekerjaan selepas semakan oleh Perkeso mendapati suaminya, mendiang S.Muniandy, 51, merupakan pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 1991.

“Hasil penelitian Perkeso mendapati ketiga-tiga anak mendiang telah melepasi umur 21 tahun, oleh itu hanya balu mendiang layak menerima faedah,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Perkeso hari ini.

Selain pemberian faedah, Sim berkata Perkeso juga akan membantu anak sulung mendiang, M.Gajeswari, 27, mendapatkan pekerjaan bersesuaian melalui platform portal pekerjaan negara MYFutureJobs selepas dia mengambil keputusan berhenti kerja di Kuala Lumpur untuk menjaga ibunya.

Pada 5 Mei lepas, Muniandy yang merupakan penyelia disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ladle crane di sebuah kilang pembuatan di Butterworth.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings