the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKR mahu laporan terperinci insiden buruh maut tertimbus tanah di CSR, Kuala Lipis

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah untuk menyediakan laporan terperinci berhubung insiden seorang buruh warga Indonesia maut ditimbus tanah di tapak projek pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) di Kampung Berembang, Kuala Lipis, Pahang, hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan sama ada semua perkara terutama membabitkan prosedur operasi standard (SOP) dan aspek keselamatan dipatuhi di tapak projek pembinaan terbabit.

“Siasatan lanjut juga sedang dijalankan beberapa pihak untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Beliau turut menzahirkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.

Dalam kejadian 11.15 pagi tadi, Khairul Anam, 28 maut selepas ditimbus tanah menggelongsor ketika mengukur kedalaman longkang yang baru digali dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

Mangsa berasal dari Jawa Timur difahamkan baru lima bulan bekerja dengan syarikat subkontraktor bagi kerja pembinaan laluan CSR itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings