the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nancy Shukri: Ketua masyarakat, ketua kaum dilibatkan untuk perkasakan Skuad Waja

KUCHING: Ketua-ketua masyarakat dan kaum turut dilibatkan dalam Skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) bagi meningkatkan lagi kesedaran awam tentang keganasan terhadap wanita.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (gambar) berkata penglibatan pemimpin akar umbi ini akan dapat memperkasakan lagi skuad berkenaan, yang turut dianggotai badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata skuad yang diperkasakan ini akan menambah keberkesanan usaha bagi membanteras jenayah keganasan terhadap wanita, apabila pembabitan pemimpin ini dapat mewujudkan ‘withdrawal symptom’ dalam kalangan pelaku.

Katanya ketua ketua masyarakat dan ketua kaum sering dirujuk dalam kes-kes pertelingkahan keluarga, yang sekali gus memerlukan mereka turut dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dalam menangani isu keganasan terhadap wanita.

“Adalah penting untuk kita beri panduan kepada ketua masyarakat, agar mereka dapat dirujuk (kes-kes jenayah terhadap wanita) dan kali ini kita buat ‘buku panduan’ yang dilengkapi dengan nombor-nombor telefon penting bagi menangani kes-kes tertentu melibatkan masyarakat di bawah bidang kuasa mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Semarak Skuad Waja 2023 Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Nancy berkata berdasarkan statistik polis 5,260 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan pada 2020 dan meningkat kepada 7,468 kes pada tahun berikutnya, manakala bagi tahun ini sehingga Ogos lepas, 3,640 kes telah dicatatkan.

Bagi tempoh antara 2020 dan Ogos lepas, Sarawak mencatatkan kes keganasan rumah tangga ketiga tertinggi selepas Selangor dan Kedah dengan catatan 2,192 kes, namun beliau berkata angka berkenaan mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenarnya.

“Sarawak ini luas, bagaimanpun dari segi jumlah penduduk, angkanya tidak besar. Dari segi akses untuk pergi buat laporan agak kurang. Maka mungkin itu juga (angka itu) tidak menunjukkan data sebenarnya,” katanya.

Menurutnya atas faktor ini jugalah kementeriannya mahu melibatkan ketua-ketua masyarakat dan kaum dalam menangani keganasan rumah tangga khususnya dalam kawasan mereka. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings