the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Kerajaan harus berhati-hati, elak khilaf politik ketika laksana agenda pembaharuan

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan ‘kesilapan politik’ dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan perlu meneliti beberapa kaedah dan perkara dari segi perundangan sebelum melaksanakan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia yang sudah semestinya memerlukan masa.

Justeru, Perdana Menteri menggesa kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) agar bersikap lebih objektif dalam melontarkan kritikan terhadap kerajaan berhubung pelaksanaan pembaharuan di negara ini.

“Kita berurusan dengan rakyat. Kita telah melihat kesilapan dilakukan dengan (percubaan untuk meratifikasi) ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).

“Kami komited dalam memperjuang isu hak asasi manusia tetapi anda (SUARAM) perlu berikan masa (untuk pembaharuan),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh di sini hari ini.

Semalam, SUARAM melontarkan kritikan terhadap Anwar dengan menyatakan bahawa beliau mungkin dilabel sebagai ‘Perdana Menteri Malaysia yang paling teruk’ jika tidak berusaha melaksanakan perubahan dan pindaan berkaitan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings