the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi bangga kecekapan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bangga delegasi Timor-Leste puji profesionalisme Malaysia sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

SEPANG: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa syukur dan bangga dengan kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Beliau berkata delegasi Timor-Leste mengakui kecekapan dan layanan petugas Malaysia sepanjang sidang kemuncak di Kuala Lumpur itu.

“Kita berjaya lakukannya Malaysia, rakyat Malaysia, kita berjaya,” katanya kepada Bernama di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Fahmi menyatakan pegawai kanan Timor-Leste memuji profesionalisme dan kesantunan pegawai perhubungan Malaysia.

Mereka memaklumkan pegawai Malaysia sangat tertib, fasih dan memahami keperluan tetamu.

“Ini membuktikan kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah bukan hanya hasil kerja kementerian tertentu, tetapi seluruh jentera kerajaan,” katanya.

Beliau mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao dan delegasi yang berlepas pulang ke Dili.

Fahmi menyifatkan sidang kemuncak itu sebagai detik bersejarah apabila Timor-Leste diterima sebagai anggota ke-11 ASEAN.

“Saya amat menghargai peluang menjadi menteri yang menyambut dan menghantar mereka,” katanya.

Beliau terharu menyaksikan kerjasama erat semua agensi kerajaan memastikan sidang berjalan lancar.

“Dengan termeterainya MoU dalam bidang media dan telekomunikasi, kini tiba masa untuk kita bertindak pantas,” katanya.

Timor-Leste berhasrat memperluas kerjasama media dengan Bernama melalui agensi berita rasminya TATOLI.

Fahmi menyifatkan Gusmao sebagai antara pemimpin paling menonjol yang pernah ditemuinya.

“Cara beliau menyantuni wartawan dan orang ramai jelas menunjukkan mengapa beliau begitu disayangi di negaranya,” katanya.

Timor-Leste turut menyatakan minat menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Saya percaya Malaysia akan membantu mereka bukan sahaja dari segi profesionalisme media, tetapi juga dalam aspek urusetia dan logistik,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings