the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar tidak tolak ansur lawan individu rompak kekayaan negara

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dalam usaha membersihkan Malaysia dan menyelamatkan bangsa daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara.

Anwar berkata beliau mengarahkan kerajaan supaya menyelamatkan negara daripada pemimpin-pemimpin yang mengayakan diri dengan merompak harta kekayaan negeri.

“Itu tekad saya, senang susah saya hadapi. Kalau nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan, tetapi saya tidak akan bertolak ansur daripada bersihkan negara ini dan selamatkan bangsa kita dan negara kita daripada tindakan orang yang merompak kekayaan negara.

Bukan sedikit, dan ini termasuk pimpinan yang ada dalam kerajaan, baik menteri, dalam kalangan kerajaan negeri (exco). Kena ingat, saya arah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) apa, ambil tindakan kepada siapa sahaja yang melakukan rasuah, terutama setelah kita bagi amaran, dia buat juga lagi,” katanya ketika berucap melancarkan program “Semarak Tambun Cinta Al-Quran” dan menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ittihadiah di sini hari ini.

Anwar berkata beliau tidak terlibat dalam kes mahkamah melibatkan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

“Apabila kita ambil tindakan (melawan rasuah), kita zalim. Bukan saya ambil tindakan saudara, ini yang paling akhir mantan Menteri Besar Perlis, saya bukan siasat, bukan saya buat laporan ke SPRM atau polis,” katanya.

Azlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kangar, Perlis hari ini terhadap lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta antara 2013 dan 2017.

Sementara itu, Anwar memberi contoh bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga perlu mengutip cukai termasuk daripada individu yang kaya dalam usaha menyelamatkan negara daripada kehilangan hasil.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri, kutip cukai daripada semua, ini kalau dia tu orang kaya berbilion-bilion (harta), dia tak bayar cukai, (kalau bayar) dia bayar sikit, yang orang biasa kena bayar cukai (seperti biasa mengikut ketetapan), inilah yang kita harus betulkan.

Jadi saya sebut perkara ini kerana apa kaitan dengan Ramadan? Ramadan ini disiplin diri, soal nilai, soal akhlak yang saya ungkapkan sebagai MADANI,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings