the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Mesir, Afrika Selatan mahu penindasan Israel di Gaza dihentikan segera

RIO DE JANEIRO: Malaysia bersepakat dengan Mesir dan Afrika Selatan supaya sebarang bentuk serangan dan penindasan oleh rejim Israel di Gaza mesti dihentikan segera.

Perkara itu dibincangkan sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Mostafa Madbouly dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphos.

Anwar yang berada di sini untuk Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS berkata Malaysia dan Mesir bersetuju bahawa komuniti antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri terhadap pencabulan hak asasi yang berterusan.

Ketika bertemu Ramaphos, Anwar berkata beliau melahirkan penghargaan atas sokongan tegas Afrika Selatan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Hal ini termasuk usaha gigih negara berkenaan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata beliau.

Afrika Selatan ialah negara pertama yang membawa Israel ke ICJ berhubung perang genosid di Gaza, yang telah meragut lebih 56,000 nyawa serta menghancurkan wilayah itu.

Anwar berkata pemimpin Mesir dan Afrika Selatan juga bersepakat untuk melonjakkan lagi hubungan antara kedua-dua negara menerusi kerjasama pelbagai bidang.

Malaysia dan Afrika turut bersetuju menilai semula kerjasama meliputi pelbagai bidang selain merangka langkah memperluas pelaburan strategik dalam sektor pertanian, automotif, pelancongan dan halal.

Beliau berkata Malaysia komited mempererat hubungan dengan Afrika Selatan sebagai rakan dagang utama di benua Afrika, selari dengan semangat solidariti Selatan–Selatan dan kerjasama MADANI merentas benua.

Perdana Menteri berkata beliau turut mengundang Ramaphos untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini, selain mengucapkan terima kasih atas undangan kepada Malaysia untuk menghadiri Sidang G20 di Afrika Selatan pada November.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings