the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar mahu penjawat awam buat teguran terhadap pelanggaran undang-undang

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata warga perkhidmatan awam wajar membuat teguran terhadap Kerajaan Perpaduan yang didapati melanggar tindakan undang-undang.

Berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2023 di sini hari ini, Anwar berkata teguran tersebut turut membabitkan dirinya yang kini memegang portfolio Menteri Kewangan.

“Saya tekankan ialah penguatkuasaan, apa yang saya pelajari terutama di Kementerian Kewangan, saya lihat banyak fail ada banyak keterlanjuran.

“Nak salahkan pegawai…jika ‘minit’ daripada menteri atau perdana menteri, dia patuh. Tetapi saya telah beri arahan yang jelas kalau ada ‘minit’ daripada perdana menteri sendiri pun kalau ada melanggar undang-undang, sekurang-kurangnyanya saya dimaklumkan terlebih dahulu,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sementara itu, Anwar berkata jawatan Setiausaha Sulit Kanan dan Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri perlu diisi oleh mereka daripada kalangan pegawai tadbir diplomatik.

“Ini supaya penyelarasan itu baik. Langkah-langkah ini diambil dan saya tekankan ia hanya akan berhasil kalau ada kerjasama penuh daripada rakan-rakan,“ katanya yang terhutang budi dengan penjawat awam kerana semangat dan sambutan mereka terhadap teguran yang diberikannya diterima dengan baik.

Beliau menegaskan negara tidak akan maju sekiranya berlaku kebocoran dan ketirisan yang melampau dalam pentadbiran.

“Macam saya sebut kontrak yang kadang-kadang komisen terlalu tinggi, harga tidak berpatutan, bukan saya menuju kepada sesiapa. Hakikatnya, anda tidak boleh berjaya sebagai sebuah negara kalau kebocoran dan ketirisan itu begitu banyak,“ katanya.

Anwar berkata program pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Kompleks Seri Perdana semalam turut dihadiri beberapa ketua jabatan supaya wujud keserasian antara kepimpinan eksekutif negara dan penjawat awam.

Beliau berkata program pemukiman berkenaan akan diadakan lagi antaranya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

De Beers shares latest research on US consumer trends

De Beers' latest US consumer study found natural diamonds remain the most desired luxury jewellery, with Gen Z emerging as a major buyer. The report also highlights rising average purchase values and growing demand for non-bridal and self-purchase occasions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings