the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen Johor patahkan cubaan seludup 12 warga Indonesia di CIQ BSI

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor mematahkan cubaan menyeludup 12 warga asing dengan menahan dua lelaki tempatan semasa pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini pagi tadi.

Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir (gambar) berkata dua lelaki berumur 52 dan 24 tahun itu dipercayai menjadi transporter atau pengangkut bagi sindiket penyeludupan itu.

Beliau berkata sembilan lelaki dan tiga wanita warga Indonesia berusia 25 hingga 40 tahun itu menaiki Perodua Alza dan Toyota Vios dari Singapura yang dipandu dua lelaki terbabit, ditahan di laluan masuk kenderaan di CIQ itu pada 7.20 pagi.

“Tangkapan ini ialah hasil maklumat daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ketika itu sedang melakukan pemeriksaan barangan dan pasport.

“Semasa pemeriksaan, pihak kastam mendapati tiada cop masuk daripada imigresen di pasport mereka, lalu dirujuk semula kepada pihak JIM sebelum kesemuanya ditahan,” katanya pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati 10 warga asing yang ditahan terdapat dalam senarai syak dan dilarang memasuki Malaysia atas pelbagai kesalahan serta pernah disiasat di bawah Seksyen 6 (1) C Akta Imigresen 1959/63 dan diusir dari negara ini.

“Dua lagi warga Indonesia tiada dalam senarai syak, namun berada di dalam kenderaan yang sama.

“Siasatan awal mendapati kesemua warga asing itu mendakwa telah membuat bayaran sebanyak 10 juta rupiah bersamaan dengan RM3,000 kepada tekong yang menguruskan kemasukan mereka ke Malaysia,” katanya.

Baharuddin tidak menafikan kemungkinan pegawai imigresen terlibat dalam sindiket itu kerana mustahil mereka boleh melepasi kaunter imigresen memandangkan warga asing yang dibawa juga berada dalam senarai syak dan dilarang memasuki Malaysia.

Justeru, beliau berkata pihaknya sedang mengesan pegawai yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan itu dan menjelaskan tindakan tegas akan diambil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 55A (1) Akta Imigresen, katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings