the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak maut didera: Terdapat kesan lebam pada seluruh tubuh – Ketua Polis Johor

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan terdapat kesan penderaan pada tubuh badan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang maut di sebuah rumah di Jalan Ria 2 Taman Skudai, di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat (gambar) berkata terdapat kesan lebam di keseluruhan tubuh badan mangsa menerusi laporan awal bedah siasat yang diterima.

“Laporan penuh bedah siasat makmal forensik belum diperolehi, bagaimanapun memang terdapat kesan akibat penderaan dilakukan terhadap mangsa.

“Kesan penderaan itu di keseluruhan badan dari atas sampai ke bawah seperti lebam-lebam dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasil laporan bedah siasat kanak-kanak itu.

Kamarul Zaman berkata dua anak kepada jurujual kenderaan berusia 28 tahun itu juga didapati berada di tempat kejadian ketika penderaan itu berlaku.

Beliau berkata dua kanak-kanak berusia tujuh dan lima tahun itu juga telah dipanggil ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) dan kedua-duanya mengakui melihat penderaan itu dilakukan bapa mereka terhadap mangsa.

“Kita telah bawa ke CIC dan positif kes ini ada unsur-unsur penderaan..dua kanak-kanak itu juga beritahu ada nampak bapa (suspek) dia lakukan penderaan kepada mangsa,” katanya.

Sementara itu Kamarul Zaman berkata pihaknya juga akan menyiasat dakwaan ahli keluarga mangsa bahawa adik lelaki mangsa yang berusia satu tahun turut didera dan menjelaskan akan memanggil ibu bapa mangsa untuk diambil keterangan.

“Kita akan ambil tindakan dan akan bawa kanak-kanak itu ke CIC untuk dapatkan maklumat,” katanya.

Semalam, Kamarul Zaman dilapor berkata lelaki terbabit yang merupakan rakan kepada bapa mangsa dan pembantu rumah berusia 40 tahun ditahan selepas disyaki mendera kanak-kanak itu sehingga maut pada dua hari lepas.

Beliau berkata bapa mangsa meminta bantuan daripada lelaki itu untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas.

Terdahulu, jawatan Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu kini diambil alih Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), M. Kumar dengan memangku pangkat DCP.

Datuk Khaw Kok Chin yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Johor semenjak 6 Mei 2020, kini memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings