the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
28.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan umum kuota tambahan BUDI95 untuk pemandu e-hailing

Kerajaan akan umum kadar kuota tambahan BUDI MADANI RON95 untuk pemandu e-hailing sepenuh masa dalam tempoh terdekat.

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengumumkan kadar kuota tambahan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada pemandu e-hailing sepenuh masa dalam tempoh terdekat.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican berkata penambahbaikan itu dibuat selepas mengambil kira rayuan daripada pemandu dan data penggunaan yang dikemukakan oleh pihak penyedia perkhidmatan e-hailing.

Beliau menyatakan kerajaan telah berjumpa dengan platform e-hailing bersama Kementerian Pengangkutan untuk melihat tahap kecukupan dari segi had kelayakan.

“Penambahbaikan itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan akan berkuat kuasa pada November juga,” katanya kepada pemberita pada Business Conference on: 2026 National Budget, SST & International Trade Updates.

Pada 13 Oktober lepas, kerajaan telah mengumumkan kenaikan had siling kelayakan bulanan BUDI95 kepada pemandu e-hailing sepenuh masa kepada 600 liter sebulan.

Inisiatif tersebut memanfaatkan hampir 58,000 pemandu e-hailing di seluruh negara.

Dalam pada itu, Johan menegaskan kerajaan tidak bersetuju dengan gesaan pihak tertentu supaya mengambil langkah lebih drastik untuk mengurangkan defisit fiskal negara.

Beliau berkata langkah ini berikutan tinjauan ekonomi untuk tahun depan dilihat lebih sederhana berbanding tahun ini.

“Kerajaan berpandangan perlu diimbangi usaha kita untuk terus memperkukuh kedudukan fiskal dengan peranan penting kerajaan dalam memberi sokongan fiskal,” katanya.

Persidangan perniagaan itu dianjurkan oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

OPPO Collaborates with UNESCO, Leveraging Tablets to Empower Educational Equity and Digital Inclusion in Asia and Africa

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 19 December 2025 - Following the recent tablets donation in Thailand, OPPO has successfully fulfilled its pledge to donate 1,000 tablets to five countries across Asia and Africa through a collaborative initiative with the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) and children's programming education brand CODEMAO. Upholding its mission of "Technology for Mankind, Kindness for the World," OPPO leverages innovative technology to advance educational equity and digital inclusion.
spot_img

Popular Categories