the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 16, 2026
31.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan dan Sabah

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan dan beberapa kawasan Sabah berkuat kuasa 4 hingga 5 November.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah berkuat kuasa esok hingga 5 Nov.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan. Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan yang dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, situasi berkenaan dijangka melanda kawasan Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah di Kelantan; Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Selain itu, kawasan dijangka terjejas di Negeri Sembilan ialah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala di Melaka melibatkan Jasin serta Tangkak; Segamat, Muar dan Mersing di Johor.

Di Sarawak pula melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang serta Pedalaman (Sipitang) di Sabah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trends Report 2026: AI, subscriptions and digital payments reshape Asia Pacific e-commerce

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 16 July 2026 - E-commerce across Asia Pacific is entering a new phase of maturity, as both online shoppers and businesses rapidly adopt modern technologies.

Over 20 agencies join off-airport plane crash drill

More than 20 enforcement and emergency agencies take part in Ex Urban Falcon 2026, a full-scale air disaster simulation testing readiness for aircraft crashes outside the airport perimeter.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings