Wednesday, November 5, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki didakwa edar lebih 2 kg dadah di Sibu

The Sun Webdesk

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sibu atas dua pertuduhan mengedar 2,055.85 gram methamphetamine dan mengambil dadah.

SIBU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan mengambil dadah pada 22 Oktober lepas.

Moh Mee Hing, 57, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan kedua, namun tiada pengakuan direkodkan terhadap pertuduhan pertama di hadapan Majistret Romario Jonoi.

Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, lelaki itu didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2,055.85 gram.

Dadah itu didapati di sebuah rumah di Lorong 6, Rejang Park pada kira-kira 11 pagi, 22 Oktober.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan sekurang-kurangnya 15 sebatan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Dalam pertuduhan kedua, Moh didakwa mengambil dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kira-kira 6 petang tarikh yang sama.

Kesalahan itu berlaku di Balai Polis Sungai Merah, Jalan Wawasan di sini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda hingga RM5,000 atau penjara hingga dua tahun.

Selepas menjalani hukuman, tertuduh boleh diperintahkan menjalani pengawasan antara dua hingga tiga tahun di bawah Seksyen 38B akta sama.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan tertuduh terus direman sementara menunggu laporan Jabatan Kimia siap.

Mahkamah menetapkan 6 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haris Danial Mohamed Hassan.

Tertuduh diwakili peguam Rosli Gapor. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Wuxi Strikes a Historic Note as UNESCO “City of Music”

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - With its recent inclusion in the UNESCO Creative Cities Network as China's first "World City of Music," Wuxi is stepping confidently into a new chapter where culture, heritage, and innovation harmonize to shape a global cultural profile.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img