Wednesday, November 12, 2025
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suruhanjaya Halal bakal ambil alih urusan pensijilan halal usahawan

Suruhanjaya Halal di bawah HDC akan urus pensijilan halal usahawan, gantikan peranan KUSKOP yang kini fokus pada daya saing produk.

KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Halal di bawah Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) merupakan langkah strategik untuk memperkukuh pengurusan dan pensijilan halal negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata suruhanjaya itu akan mengambil alih semua urusan dan bantuan untuk pensijilan halal usahawan.

Beliau menjelaskan KUSKOP tidak lagi menerima peruntukan khusus untuk pensijilan halal sejak 2017 berikutan tanggungjawab itu kini di bawah seliaan HDC.

“Memang kementerian ingin bekerjasama dengan usahawan-usahawan ini tetapi dengan adanya Suruhanjaya Halal yang akan diwujudkan itu, ia bakal mengambil alih semua urusan dan bantuan untuk pensijilan halal,” katanya di Dewan Rakyat.

Ramanan menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa mengenai peranan kementerian dalam pengurusan sijil halal untuk usahawan.

Beliau menekankan peranan kementerian kini tertumpu kepada usaha meningkatkan daya saing produk usahawan termasuk aspek penambahbaikan pembungkusan dan penjenamaan.

Menurut Ramanan, KUSKOP sentiasa komited dalam memperkukuh daya saing PMKS melalui program keusahawanan merangkumi aspek pensijilan halal dan standard kualiti.

Beliau memberi contoh inisiatif utama Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) oleh SME Corp yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan pematuhan pensijilan.

“Melalui program ini, sebuah syarikat PMKS yang menjalankan perniagaan jeruk telah menerima geran bernilai RM500,000 untuk pembelian mesin dan peralatan,” katanya.

Ramanan turut menyebut Program Pembangunan Keusahawanan Halal (PPKH) yang memberi fokus kepada tiga elemen utama iaitu pensijilan dan standard, pemasaran dan promosi serta sokongan kewangan.

Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal (PPUH) pula mengembangkan dan mengukuhkan jenama halal Malaysia di pasaran antarabangsa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories