the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, November 26, 2025
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ Melaka tahan Toyota Vellfire guna nombor plat Perodua Kancil

JPJ Melaka tahan Toyota Vellfire guna nombor pendaftaran Perodua Kancil, lesen tamat tempoh dan tiada insurans sah, beberapa saman dikeluarkan.

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menahan sebuah kenderaan mewah Toyota Vellfire yang menggunakan nombor pendaftaran milik Perodua Kancil.

Operasi harian di Jalan Tun Mutahir itu berjaya mengesan kenderaan milik sebuah syarikat swasta kira-kira pukul 4 petang semalam.

Pengarah JPJ Melaka Siti Zarina Mohd Yusop berkata anggota penguat kuasa mengekori dan menahan kenderaan tersebut untuk pemeriksaan.

“Hasil semakan mendapati nombor pendaftaran yang dipamerkan adalah milik Perodua Kancil sendiri,” katanya.

Seorang lelaki berusia 39 tahun mengaku menggunakan nombor pendaftaran berkenaan sejak Lesen Kenderaan Motor Toyota Vellfire tamat tempoh pada Januari 2025.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati kenderaan itu tidak mempunyai perlindungan insurans sah.

Beberapa saman telah dikeluarkan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan.

Kesalahan tersebut termasuk mempamerkan nombor pendaftaran bukan milik kenderaan, tiada insurans sah, dan LKM tamat tempoh.

Kenderaan itu turut disita untuk tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.

“JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang sengaja melanggar undang-undang jalan raya,” tegas Siti Zarina.

Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang memalsukan nombor pendaftaran atau mengabaikan kewajipan memperbaharui LKM dan insurans.

Ini penting bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories