the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hujan luar biasa sebabkan banjir di kawasan tidak berisiko – NADMA

NADMA: Taburan hujan luar biasa sebabkan banjir di kawasan baharu tidak berisiko, tujuh episod hujan lebat dijangka hingga Mac depan

BAGAN DATUK: Taburan hujan luar biasa dalam tempoh singkat menyebabkan banjir berlaku di kebanyakan kawasan baharu yang sebelum ini tidak dikategorikan sebagai berisiko.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim berkata kadar hujan bagi tempoh dua hari di kawasan terjejas menyamai jumlah taburan hujan dalam sebulan.

“Ketika lawatan di Perlis, saya dimaklumkan banyak kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini turut berlaku banjir disebabkan taburan hujan luar biasa ini,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling kerana hujan lebat dijangka berlarutan hingga Mac depan.

“Kita akan menghadapi tujuh episod hujan lebat dan kini baru episod pertama.”

Meor Ismail berkata NADMA berharap orang ramai patuh arahan pihak berkuasa dan berpindah dengan segera jika terdapat tanda berlaku banjir.

Mengulas situasi di Perak, beliau berkata Bagan Datuk antara kawasan berisiko dengan keadaan dijangka bertambah buruk.

Lokasi Bagan Datuk terdedah kepada aliran air dari Sungai Perak yang mungkin menerima limpahan air dari kawasan hulu.

“Jika hujan berterusan di Hulu Perak, Kuala Kangsar dan beberapa kawasan lain, limpahan air dijangka tiba dalam satu atau dua hari lagi ke Bagan Datuk.”

Beliau berharap penduduk berpindah segera sekiranya keadaan bertambah buruk. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

BBSB International Limited announces its subscription results Recorded approximately 10,745 times of over-subscription for its Public Offer

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - BBSB International Limited ("BBSB" or the "Company", together with its subsidiaries, the "Group", stock code: 8610.HK), an established civil engineering contractor in Malaysia, is pleased to announce the subscription results for its shares under the Public Offer and Placing.
spot_img

Popular Categories