Polis tahan lelaki Bangladesh disyaki masuk tandas wanita di Terminal Bas Kulai, didapati tersilap pintu dan tiada wanita dalam tandas ketika itu.
KULAI: Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki memasuki tandas wanita di Terminal Bas Kulai.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata kejadian berlaku pada 1.10 tengah hari semalam.
Lelaki berusia 35 tahun itu baru sahaja turun dari sebuah bas yang tiba dari Kuala Lumpur.
Beliau berkata lelaki itu membawa beg berisi pakaian yang diletakkan di atas kerusi menunggu sebelum memasuki tandas.
“Susulan itu, kita menahan lelaki terbabit untuk tujuan soal siasat dan proses dokumentasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tan berkata hasil siasatan mendapati lelaki itu tersilap memasuki tandas berkenaan.
Beliau menjelaskan tiada pengguna wanita dalam tandas ketika kejadian berlaku.
Lelaki itu telah dibebaskan selepas proses dokumentasi dan laporan polis selesai dibuat.
Sebelum ini, tular video 35 saat di media sosial memaparkan lelaki itu kelihatan bingung ketika disoal orang awam. – Bernama







