the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
29.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

50 pangkalan haram di Sungai Golok dijangka dirobohkan hujung bulan ini

Polis Kelantan jangka 50 pangkalan haram di Sungai Golok dirobohkan hujung bulan ini, selepas 25 jeti sudah dimusnahkan sejak November.

KOTA BHARU: Polis menjangkakan sekurang-kurangnya 50 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sempadan Kelantan-Thailand akan dirobohkan sepenuhnya menjelang akhir bulan ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata setakat ini 25 pangkalan haram telah dirobohkan sejak bulan lepas.

Operasi pemusnahan itu melibatkan daerah Tanah Merah dan Pasir Mas.

“Kami menjangkakan kira-kira 20 lagi pangkalan haram dapat dirobohkan hingga akhir bulan ini,“ katanya.

Beliau berkata pemantauan mendapati tiada cubaan untuk membina semula jeti yang telah dirobohkan setakat ini.

“Pemantauan berterusan akan dilaksanakan,“ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Bagaimanapun, beliau mengesan kebocoran maklumat operasi yang menyebabkan rakit dialihkan ke sebelah Thailand.

Mohd Yusoff berkata penutupan pangkalan haram sejak Disember 2024 menunjukkan penurunan ketara kes jenayah rentas sempadan.

“Sebelum penutupan, jumlah individu yang merentas sempadan menggunakan laluan ini mencecah hingga 500 orang sehari,“ katanya.

“Kini, hanya kira-kira 10% sahaja yang masih berdegil.“

Mengenai sindiket penyeludupan migran, beliau berkata kegiatan itu berjaya ditumpaskan hasil operasi bersepadu sepanjang Januari hingga November.

Sebanyak 199 serbuan berjaya dilaksanakan membabitkan kes penyeludupan dan perlindungan migran.

Bagi kes penyeludupan migran di bawah Akta ATIPSOM, polis membuka 50 kertas siasatan dengan 70 tekong dan 332 migran ditahan.

Polis juga merampas 39 motosikal, sebuah bas dan tujuh motosikal dalam operasi tersebut.

Bagi kes melindungi migran di bawah Akta Imigresen, 54 kertas siasatan dibuka melibatkan tangkapan 53 pelindung dan 214 migran.

Rampasan bagi kes itu termasuk 35 motosikal dan sebuah lori.

Bagi kes merentas sempadan, polis membuka 27 kertas siasatan dengan 35 individu ditahan.

“Polis akan terus memperketat kawalan keselamatan sempadan, khususnya di laluan tidak sah,“ kata Mohd Yusoff.

Kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain serta perkongsian maklumat bersama Polis Thailand akan diteruskan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

China turns Hainan Island into special customs supervision zone

HAIKOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 18 December 2025 - China on Thursday launched island-wide special customs operations in the Hainan Free Trade Port (FTP), the world's largest FTP by area, allowing freer entry of overseas goods, expanding zero-tariff coverage and more business-friendly measures.
spot_img

Popular Categories