the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KPDN Terengganu rampas barangan bernilai RM2.8 juta tahun ini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu merampas barangan bernilai lebih RM2.8 juta dan mengeluarkan kompaun serta denda berjumlah lebih setengah juta ringgit tahun ini.

KUALA NERUS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM2.8 juta dalam pelbagai operasi sepanjang tahun ini.

Pengarahnya Mohd Mufsi Lat berkata sebanyak 57,326 siri pemeriksaan telah dijalankan ke atas 17,923 premis perniagaan di seluruh negeri.

Pihaknya mengeluarkan kompaun keseluruhan berjumlah RM353,375 dan denda sebanyak RM173,200 bagi pelbagai kesalahan.

Kesalahan itu adalah di bawah Akta Perlindungan Pengguna 2021, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Timbang Sukat 1972.

“Sebanyak 20,383 siri pemeriksaan telah dilaksanakan di premis di Kuala Terengganu,” katanya.

Beliau berkata ia diikuti Dungun (13,664 siri), Besut (10,658 siri), Kemaman (7,472 siri) dan Hulu Terengganu (5,149 siri).

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 di sini.

Terdahulu, Mohd Mufsi melancarkan Pelaksanaan SHMMP Krismas 2025.

Beliau berkata sebanyak sembilan barangan disenaraikan dalam skim tersebut.

Barangan itu adalah daging kambing biri-biri bertulang import, kubis bulat import, lobak merah China, tomato, lada benggala hijau, cili merah, ubi kentang import, bawang merah besar dan bawang kuning besar.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories