the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

2024: Pulau Pinang terus teraju, sumbang nilai kesejahteraan rakyat

GEORGE TOWN: Pulau Pinang perlu terus menerajui, menyuntik inspirasi dan menyumbang kepada nilai kesejahteraan rakyat secara keseluruhan, berasaskan nilai Malaysia MADANI dan prinsip Kerajaan Perpaduan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow (gambar) berkata dunia kini kian berubah mengikut peredaran zaman, maka dengan itu, segala usaha dan objektif yang disasarkan oleh kerajaan Persekutuan melalui Konsep Malaysia MADANI akan terus didukung di peringkat negeri.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus mengemudi negeri melalui perancangan dan pelaksanaan rapi untuk mencapai Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara untuk memulihkan sektor ekonomi agar pembangunan negeri khususnya dan negara amnya dapat bergerak dengan pantas serta bertambah rancak,“ katanya dalam perutusan bersempena dengan Tahun Baru 2024 di sini hari ini.

Chow berkata kejayaan pembangunan dan pemulihan ekonomi yang dicapai hingga kini ialah hasil usaha bersama kerajaan negeri dan Persekutuan yang sentiasa berganding bahu demi memastikan pelaksanaan projek atau program yang memberikan manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata dalam usaha kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan sosial demi kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat di Pulau Pinang, projek infrastruktur mega seperti transit aliran ringan (LRT), projek pembesaran lapangan terbang dan projek Silicon Island di bahagian selatan pulau negeri ini juga diberikan keutamaan, malah telah mula dilaksanakan.

“Seperti yang saya telah nyatakan sebelum ini, kerajaan negeri yakin projek Silicon Island ini akan mengulangi kejayaan Kawasan Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas yang membawa pembaharuan kepada ekonomi Pulau Pinang lebih 50 tahun lepas.

“Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kita memerlukan Silicon Island untuk mengembangkan lagi tanah perindustrian di Bayan Lepas untuk menjamin perkembangan serta peningkatan daya saing sektor pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) negeri kita yang terkemuka,“ katanya.

Chow berkata adalah mustahil bagi kesemua projek mega itu siap sebelum beliau menamatkan tugas sebagai Ketua Menteri di negeri ini, namun biarlah beliau menggalas tanggungjawab untuk memulakan projek berkenaan demi kesejahteraan rakyat pada masa akan datang.

Sementara itu, katanya kerajaan negeri juga menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang agar terus mengekalkan keharmonian yang dinikmati dan dibanggakan serta pihaknya akan terus memastikan rakyat sentiasa hidup dalam kemakmuran dan keharmonian dengan semangat perpaduan yang sentiasa mekar sejak bertahun-tahun lamanya.

“Dengan ini, saya menjemput seluruh rakyat Pulau Pinang bersama-sama mengalu-alukan ketibaan 2024 dengan semangat kasih sayang, perpaduan, toleransi dan kegembiraan,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile unveils omni-channel AI solutions at HKPC, GPTBots.ai powers enterprise services from “Q&A”...

Aurora Mobile showcased its enterprise AI solutions at an HKPC workshop, demonstrating how GPTBots.ai and EngageLab enable AI agents to automate business processes, strengthen customer engagement and support digital transformation across multiple industries.

Asia Pacific logistics markets diverge despite 47% tenant-favourable conditions as supply constraints begin to...

Asia Pacific logistics markets are showing increasingly mixed conditions, with supply constraints tightening some markets while abundant new supply continues to favour tenants in others, according to Cushman & Wakefield's Waypoint 2026 report.

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings