the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

42 motosikal disita, 301 saman dikeluarkan dalam operasi di Teluk intan

IPOH: Sebanyak 42 motosikal disita selain 301 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Samseng Jalanan dan Operasi Khas Ekzos Bising di Kilometer 43 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, Teluk Intan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata enam lelaki berusia antara 18 hingga 21 tahun turut ditahan kerana menunggang secara melulu dan merbahaya mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam operasi bermula pada 11 malam hingga 8.30 pagi tadi.

Beliau berkata operasi itu menumpukan kepada motosikal yang melakukan pengubahsuaian kenderaan sehingga menyebabkan gangguan bunyi serta mencegah samseng jalanan.

Ahmad Adnan berkata sebanyak 150 motosikal dan 21 kereta diperiksa melibatkan 211 pengguna jalan raya berumur antara 13 hingga 38 tahun.

“Kesalahan pengguna motosikal yang diperiksa adalah kesalahan aturan dengan 93 kes, nombor plat (82), tiada cermin sisi (41), ubah suai ekzos (34), tiada lesen memandu (28) dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (23),“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak turut mengeluarkan 15 notis dan 15 kompaun di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings