the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar jelaskan ekonomi, lancar pelan pendidikan baharu esok

Perdana Menteri akan jelaskan keadaan ekonomi di Parlimen dan lancar Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di PICC esok

SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelaskan mengenai keadaan ekonomi semasa serta masa depan pendidikan negara di Dewan Rakyat esok.

Beliau juga dijadualkan melancarkan pelan pendidikan negara yang baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Esok di Parlimen, saya jelaskan sedikit isu ekonomi dan selepas itu meluncurkan pelan pendidikan bagi negara kita supaya mutu pendidikan dapat ditingkatkan,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di sini hari ini.

Media melaporkan kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 esok.

Rancangan strategik itu merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.

RPN diterajui bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau menekankan keperluan dasar yang jelas dalam pembangunan negara sambil menyeru agar amalan salah guna kuasa dan rasuah dibanteras sepenuhnya.

“Dasar mesti jelas, ke mana hala tuju kita dari segi ekonomi. Ekonomi maju mengangkat martabat negara,” katanya.

Beliau berkata faedah daripada pelaburan bernilai ratusan billion itu boleh dipulangkan kepada rakyat.

Anwar menyampaikan ucapan itu pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan barisan Jemaah Menteri lain juga hadir.

Kehadiran turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Majlis itu turut menyaksikan Anwar menyampaikan plak penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Kepengerusian ASEAN 2025.

Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan memaklumkan pelancaran itu merupakan iltizam kerajaan dalam memperkukuh sistem pendidikan yang bermutu dan berdaya saing.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings