the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar sambut baik perjanjian gencatan senjata di Gaza

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik pengumuman perjanjian gencatan senjata di Gaza, yang bakal berkuat kuasa Ahad ini.

Bercakap kepada media Malaysia di sini, Anwar yang dalam lawatan kerja ke United Kingdom berkata langkah penting itu memberikan kelegaan yang sangat diperlukan penduduk Gaza, yang telah menanggung penderitaan.

“Saya mengakui usaha Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS) dalam menjadi pengantara perjanjian ini. Saya juga memuji Presiden terpilih AS Donald Trump atas peranan beliau dalam menjayakan rundingan ini,“ katanya selepas menyampaikan ucaptama pada acara Invest Malaysia.

Anwar berkata masyarakat antarabangsa perlu memastikan gencatan senjata itu dipertahankan bagi membuka jalan untuk perbincangan mengenai fasa seterusnya yang akan membawa kepada keamanan mampan dan pembinaan semula Gaza.

Walaupun pembinaan semula menjadi keutamaan, beliau berkata kehilangan nyawa lebih 46,700 rakyat Palestin dan lebih dua juta orang kehilangan yang tempat tinggal perlu turut diakui dan tidak dilupakan.

“Keadilan dan akauntabiliti bagi tindakan-tindakan yang diambil ketika konflik ini tetap penting,“ katanya.

Selain itu, gencatan senjata tersebut mestilah menjadi batu loncatan ke arah matlamat menubuhkan negara Palestin yang berdaya maju, berdaulat dan merdeka, yang telah lama tertangguh, kata Anwar.

“Keamanan yang adil dan berkekalan bergantung kepada menangani punca asas konflik ini,“ katanya.

Mengenai kenyataan ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya yang memuji ‘pendirian terhormat’ Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan, Anwar berkata apa yang penting adalah perdamaian dapat dibawa ke Gaza.

“Apa yang penting adalah menghentikan serangan berterusan yang menyebabkan kemusnahan dan pembunuhan rakyat, kemusnahan harta benda. Saya harap hal ini dapat diteruskan dan kita akan lakukan apa sahaja yang perlu,” katanya.

Anwar berkata beliau yakin ini dapat dilakukan kerana sudah kelihatan ada “engagement” secara langsung dengan wakil Amerika Syarikat dan tentunya menerusi hubungan Malaysia yang baik dengan Mesir dan Hamas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings