the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua pendaki alami dehidrasi diselamatkan di Taman Timba Teluk Bahang

BALIK PULAU: Dua pendaki yang mengalami dehidrasi dan keletihan ketika mendaki di Taman Rimba Teluk Bahang, di sini berjaya diselamatkan pasukan bomba malam ini.

Mangsa, seorang lelaki berusia 40 tahun dan wanita berumur 34 tahun, dilaporkan menghubungi pihak bomba pada pukul 6.40 petang memaklumkan mereka berada dalam keadaan lemah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang segera digerakkan ke lokasi.

“Mangsa berkongsi lokasi mereka di Stesen 10, Taman Rimba Teluk Bahang menerusi aplikasi WhatsApp.

“Pasukan penyelamat mendaki ke lokasi dan menemui kedua-duanya dalam keadaan keletihan sebelum membawa mereka turun dengan selamat pada pukul 10.51 malam,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamat melibatkan lima anggota bomba.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings