the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Rengit

JOHOR BAHRU: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 60.5 Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman mengesahkan kedua-dua mangsa berusia 18 dan 19 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Yusof, pihak polis menerima laporan daripada orang awam mengenai kemalangan yang melibatkan dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan sebuah lori yang belum dikenal pasti sekitar pukul 1.24 pagi. “Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua motosikal terbabit melanggar bahagian belakang lori tersebut. Namun, siasatan masih dijalankan,“ jelasnya.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk prosedur siasatan lanjut. Sementara itu, pemandu lori yang terlibat masih belum dapat dikesan. Yusof meminta sesiapa yang menyaksikan kejadian itu tampil ke hadapan untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Fairuz Abd Malek di talian 012-7415886.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings