the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hamas gesa PBB siasat pembunuhan orang awam di pusat agihan bantuan di Gaza

ISTANBUL: Kumpulan Palestin Hamas pada Ahad menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan satu suruhanjaya siasatan antarabangsa bebas bagi menyiasat pembunuhan orang awam Palestin yang sedang mendapatkan bantuan kemanusiaan di Gaza oleh tentera Israel, lapor Anadolu Ajansi.

Sekurang-kurangnya 49 orang awam terbunuh dan lebih 200 lagi cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang sedang mendapatkan bantuan di kawasan Al-Mawasi, barat bandar Rafah di selatan Gaza pada pagi Ahad.

“Pembunuhan beramai-ramai ini mengesahkan sifat fasis pendudukan (Israel) dan objektif jenayahnya di sebalik mekanisme bantuan ini,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Israel didakwa “menggunakan pusat bantuan di bawah kawalannya sebagai perangkap untuk menarik mangsa kelaparan yang tidak bersalah sebelum melakukan pembunuhan, penghinaan dan penyeksaan terhadap mereka dengan cara yang paling kejam.”

Israel telah merancang untuk menubuhkan empat pusat pengagihan bantuan di selatan dan tengah Gaza, yang menurut media Israel bertujuan memindahkan penduduk Palestin dari utara ke selatan Gaza.

“Kami menggesa PBB menubuhkan satu jawatankuasa siasatan antarabangsa bebas dan segera memasuki Gaza untuk menyiasat jenayah sistematik terhadap orang awam ini serta mendakwa mereka yang bertanggungjawab sebagai penjenayah perang,” tambah kenyataan itu.

Hamas turut menggesa agar PBB mengeluarkan keputusan “segera” dan “mengikat” untuk “memaksa tentera Israel menghentikan mekanisme berdarah ini” dan segera membuka lintasan sempadan Gaza “bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan melalui mekanisme PBB.”

Israel terus melancarkan serangan dahsyat di Gaza sejak Oktober 2023, meskipun menerima desakan antarabangsa untuk melaksanakan gencatan senjata, menyebabkan lebih 54,400 rakyat Palestin terkorban — kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Agensi bantuan telah memberi amaran mengenai risiko kebuluran dalam kalangan lebih dua juta penduduk wilayah itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings