the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 25, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Jururawat tunjuk ihsan suap pesakit terima penghargaan menteri kesihatan

Jururawat Nur Deena Nadzhiefa terima penghargaan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad atas ihsan suap pesakit warga emas India yang tular di media sosial

BUTTERWORTH: Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial membuktikan ihsan mengatasi perbezaan agama.

Sikap terpuji jururawat itu, Nur Deena Nadzhiefa, mendapat perhatian Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau memberikan pengiktirafan kepadanya semasa kunjungan ke Hospital Seberang Jaya sempena perasmian bangunan baharu hospital itu.

Dzulkefly berkata video berkenaan benar-benar menjentik perasaan dan mendorong beliau untuk bertemu sendiri dengan jururawat itu.

“Anugerah yang saya sampaikan ini kecil nilainya berbanding nilai ihsan yang Deena tunjukkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata sikap Nur Deena membuktikan penyembuhan di hospital bukan sahaja bergantung kepada pil atau suntikan.

Ia juga lahir daripada layanan penuh empati dan kasih sayang.

Dzulkefly turut merakamkan penghargaan kepada Nur Deena kerana menghidupkan semangat ‘Malaysia’ dalam tugas seharian.

Beliau berharap nilai-nilai murni yang ditonjolkan itu dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga kesihatan.

Rakaman berdurasi 41 saat itu meruntun jiwa ramai dengan warganet memuji sikap jururawat tersebut.

Mereka menyatakan rasa terharu dengan keikhlasan dan empatinya dalam mengurus pesakit meskipun berbeza agama.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

KADA sumbang 9.5% beras putih negara tahun lepas

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menyumbang 199,238 tan metrik beras putih atau 9.5% kepada keperluan negara tahun lepas, meningkat berbanding tahun sebelumnya.
spot_img

Popular Categories