Wednesday, November 12, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kabinet baharu Perancis bincang isu belanjawan dalam mesyuarat pertama

PARIS: Kerajaan baharu Perancis dijadual mengadakan mesyuarat Kabinet pertamanya pada Selasa dengan tumpuan utama untuk memulakan proses kelulusan belanjawan negara yang kini berdepan tekanan kewangan.

Masa amat kritikal kerana sekiranya tarikh akhir tidak dipenuhi, Perancis bakal berdepan situasi tanpa belanjawan yang diluluskan menjelang akhir tahun.

Situasi ini akan menambah tekanan ekonomi sedia ada yang sedang dialami oleh negara tersebut.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri Sébastien Lecornu yang dilantik semula oleh Presiden Emmanuel Macron pada Jumaat dijangka menyampaikan kenyataan kerajaan.

Parti pembangkang berhaluan kiri dan kanan mengemukakan usul tidak percaya terhadap Lecornu.

Usul tidak percaya itu dijangka diundi di Dewan Negara pada Rabu ini.

Arah dan isi kenyataan kerajaan Lecornu juga dijangka menjadi penentu sama ada pihak pembangkang akan berjaya dalam usul itu.

Kejayaan usul tidak percaya itu boleh menjatuhkan kerajaan hanya beberapa hari selepas ia dibentuk semula.

Parti Sosialis khususnya menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan baharu itu bergantung kepada sama ada perdana menteri yang dilantik semula itu sanggup membuat perubahan dasar yang ketara. – Bernama-dpa

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories