the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kakitangan SUHAKAM tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.

Presiden Cuepacs Datuk Dr Adnan Mat dalam kenyataan hari ini memaklumkan setelah Cuepacs mengadakan perbincangan bersama Kesatuan Pekerja-Pekerja SUHAKAM (KPPSHM), mereka bersetuju tidak meneruskan piket yang dijadualkan berlangsung hari ini.

“Menurut maklumat yang diterima, tindakan piket yang dirancang adalah disebabkan beberapa isu berkaitan tuntutan kenaikan gaji dan sistem penilaian prestasi yang berbeza.

“Cuepacs akan membawa perkara ini untuk rundingan bersama dengan SUHAKAM bagi menyelesaikan permasalahan ini secara menyeluruh dan memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat,” katanya.

Adnan berkata, oleh itu, Cuepacs memohon agar Pengerusi SUHAKAM Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dan Jabatan Perdana Menteri memberi ruang untuk proses perundingan dijalankan dengan segera bagi mengelakkan isu ini berlarutan tanpa penyelesaian.

Sementara itu, beliau menyeru agar semua warga kerja SUHAKAM terus berkhidmat seperti biasa dan dengan penuh profesionalisme sementara rundingan dapat dijalankan dengan baik dan harmoni.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings