the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran hutan di barat Kanada, 17,500 terpaksa berpindah

OTTAWA: Kira-kira 17,500 penduduk di Alberta dipindahkan akibat kebakaran hutan di Jasper dan kawasan berhampiran, lapor Xinhua pada Selasa.

Taman Negara Jasper iaitu taman terbesar di Canadian Rockies termasuk kawasan bandar Jasper telah dikosongkan lewat malam Isnin.

Pihak berkuasa di wilayah Alberta, perbandaran Jasper dan Taman Negara Jasper pada Selasa memaklumkan operasi pemindahan dari bandar dan taman terbabit berjalan dengan lancar.

Sementara itu, British Columbia Wildfire melaporkan sekitar 300 kebakaran hutan aktif, manakala Alberta Wildfire melaporkan 176 kebakaran hutan yang aktif pada Selasa.

Indeks Kualiti Udara (AQHI) di Calgary mencapai tujuh (berisiko tinggi), dengan beberapa lokasi termasuk Edmonton dan Red Deer mencecah 10 (penarafan tertinggi pada skala AQHI), lapor CTV News.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings