the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kelindan lori rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja dipenjara lima tahun, tiga sebatan

MUAR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan ke atas seorang kelindan lori atas pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol seorang remaja berusia 16 tahun bulan lepas.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas Muhammad Syazwan Akmal Mohd Hanafadil, 27, mengaku bersalah atas dua pertuduhan itu.

Bagaimanapun kelindan lori itu hanya perlu menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan tiga sebatan selepas mahkamah memerintahkan hukuman untuk semua kesalahan berjalan serentak iaitu dari tarikh dia ditangkap pada 8 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan amang seksual ke atas kenalannya yang berusia 15 tahun ketika itu bagi maksud seksual di sebuah hotel di Jalan Sungai Abong, Muar pada 20 Feb lepas kira-kira pukul 9 pagi.

Dia juga didakwa merogol mangsa sama di dalam bilik di sebuah hotel di Jalan Sungai Abong, Muar pada kira-kira pukul 8 pagi 23 Feb lepas.

Bagi kesalahan amang seksual, kelindan lori itu didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dihukum sebat jika sabit kesalahan.

Manakala bagi kesalahan merogol dia didakwa di bawah Seksyen 376(1) yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dihukum sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan meninggalkan trauma kepada mangsa selain menjadi iktibar kepada masyarakat, dan juga melindungi kanak-kanak di negara ini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan menyesali perbuatannya.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan untuk pertuduhan amang seksual, manakala bagi pertuduhan merogol, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings