the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kematian kanak-kanak tercekik ‘gummy’ tiada unsur jenayah – Polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata ia berdasarkan laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang pagi ini.

“Polis masih menunggu laporan lengkap punca sebenar kematian mangsa. Setakat ini kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohammad Fahmi Hafiz yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula itu Selasa lepas, meninggal dunia kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.

Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth itu dipercayai membeli dua biji gula-gula terbabit sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada 2.30 petang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings