the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes lelaki Taiwan maut digilis LRT tiada unsur jenayah – polis

SHAH ALAM: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes lelaki warga Taiwan maut digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Pusat Bandar Puchong, Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan kes kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah atau kecuaian lain.

“Kita ada sumber keterangan yang menunjukkan bahawa mangsa jatuh atas kelakuannya sendiri,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki berusia 63 tahun yang masuk ke negara ini pada 31 Mei lepas berjalan berseorangan sebelum terjatuh dan digilis tren LRT berkenaan.

Polis telah berhubung dengan keluarga mangsa melalui pihak kedutaan untuk tindakan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings