the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kilang proses barang pelupusan bahan kimia, kitar semula terbakar

BUKIT MERTAJAM: Sebuah kilang memproses barangan pelupusan bahan kimia dan kitar semula dekat Bukit Minyak terbakar di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan kebakaran melibatkan kemusnahan 60 peratus struktur bangunan berkeluasan 30x 60 meter persegi.

Beliau berkata sebuah lori dan van yang berada di premis itu turut terbakar.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.55 pagi dan menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda dibantu BBP Perai, BBP Sungai Bakap dan BBP Kepala Batas ke lokasi kejadian bagi membantu memadam kebakaran.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ telah dilakukan di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain. Tiada mangsa terlibat dan punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings