the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kim Pan Gon dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Selangor FC

Selangor FC umum Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih baharu, manakala Christophe Gamel dilantik sebagai Pengarah Teknikal fokus pembangunan muda.

KUALA LUMPUR: Selangor FC mengumumkan pelantikan Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu berkuat kuasa hari ini.

Skuad Gergasi Merah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya yakin bekas jurulatih Harimau Malaya itu mampu menggalas tanggungjawab berkenaan.

Mereka percaya beliau mampu mengemudi Selangor ke tahap yang lebih tinggi berbekalkan pengalaman luas serta pencapaian diraih sebelum ini.

Sementara itu, Selangor FC turut memaklumkan bekas ketua jurulatih interim Christophe Gamel telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal skuad itu.

Peranan baharu Gamel bakal tertumpu sepenuhnya kepada pembangunan jurulatih dan pemain muda.

Fokusnya adalah bagi skuad bawah 23 tahun sehingga peringkat akar umbi Selangor FC.

“Selangor FC mengucapkan selamat maju jaya kepada Pan Gon dan Gamel dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings