the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Perak rampas 720kg minyak masak peket dalam serbuan di Ipoh

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 720 kilogram (kg) minyak masak peket dan dokumen perniagaan yang dianggarkan bernilai RM1,800 dalam satu serbuan di Teluk Kurin Buntong di sini petang semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan yang dilakukan di sebuah rumah dijadikan sebagai stor haram simpanan minyak masak peket itu hasil pemantauan dan risikan selama satu minggu yang dilaksanakan oleh anggota penguat kuasa kementerian itu melalui Ops Tiris 3.0.

“Seorang lelaki berusia 27 tahun disyaki penyewa rumah telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang permit atau lesen bagi penyimpanan barang kawalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings