the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 5,000 dijangka hadir majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang 2024

CYBERJAYA: Lebih 5,000 orang dijangka menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang akan berlangsung di Cyber Event Hall, di sini, Ahad ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata program kali ini berkonsepkan karnival yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

“Ada beberapa acara baharu diperkenalkan tahun ini. Sebagai contoh kita ada persembahan bicara berirama.

“Segmen ini akan memperkatakan tentang inisiatif dan dasar-dasar utama yang dibuat oleh Kerajaan MADANI untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat,“ katanya kepada media selepas membuat tinjauan raptai majlis tersebut hari ini.

Mengenai raptai hari ini, beliau berkata persiapan untuk majlis Ahad ini sudah mencapai 95 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang akan turut dihadiri Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar juga dijangka melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 melibatkan 65 kenderaan dan 90 peserta daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kelab Suzuki V Strom Malaysia dan agensi-agensi berkaitan.

Antara aktiviti yang bakal dianjurkan termasuk Karnival Kita MADANI x HKHM 2024, Permukiman Komuniti MADANI, Program Jualan RAHMAH dan Jualan Agro MADANI.

Perkhidmatan bas henti-henti secara percuma turut disediakan kepada pengunjung dengan kekerapan setiap 30 minit (bergantung pada keadaan trafik semasa) dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings