the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lima sekeluarga maut: ibu saudara sempat telefon mangsa

JERANTUT: ‘Kalau dah sampai situ, tak jauh dah dari simpang rumah Mak Ngah’, ungkapan terakhir sebelum perbualan telefon antara Norhayati Ismail, 60, bersama mangsa Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, terputus.

Nur Arfiqah antara mangsa daripada lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 7 Jalan Jerantut-Maran tengah malam tadi.

Turut terkorban, pemandu kereta Mohamad Ikmal Ishak, 26, adik kepada Nur Arfiqah, iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17.

Norhayati berkata ketika panggilan itu terputus dia mula berasa tidak sedap hati dan cuba berkali-kali menghubungi semula mangsa.

“Kemudian, saya terdengar seseorang cakap, ‘eh, dia orang ni pengsan kot’. Selepas itu, saya terdengar bunyi isyarat kereta … selepas itu ada orang jawab dan bercakap, ‘ada kemalangan di Batu 58’,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Jerantut di sini hari ini.

Norhayati kemudian meminta suami menelefon anaknya, Muhammad Azuwan Arif Shah, 34, untuk pergi ke lokasi kejadian yang hanya 500 meter dari rumahnya.

Selain itu, Muhammad Azuwan tidak menyangka niat lima sekeluarga itu untuk datang menyambut Aidiladha di rumah ibunya di Paya Gunung di sini, bertukar tragedi.

“Selepas saya dapat panggilan daripada mak, Saya terus ke tempat kejadian dan tiba di sana saya melihat ada seorang mangsa terbaring atas jalan, saya terus berlari ke kereta mangsa dan saya melihat ada lagi dua orang tersepit di dalam kereta dan tidak sedarkan diri.

“ … Saya cakap pada orang ramai yang ada di situ untuk cari dua lagi sepupu saya, tiba-tiba nampak mangsa berada dalam anggaran 10 meter,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata nahas dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Alphard yang dalam perjalanan dari arah Maran menghala ke bandar Jerantut berlanggar dengan Perodua Bezza yang dipandu Mohamad Ikmal.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings