the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia sokong rundingan sempadan Thailand-Kemboja 14 Jun, sedia beri kerjasama – PM Anwar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan Malaysia untuk mengikuti perkembangan rundingan sempadan antara Thailand dan Kemboja yang dijadual berlangsung pada 14 Jun ini.

Beliau berkata Malaysia menyokong langkah diambil Thailand dan Kemboja, dalam menangani isu sempadan melibatkan kedua-dua negara dan selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia turut sedia memberikan kerjasama yang diperlukan dalam rundingan berkenaan.

“Saya bercakap dengan kedua-dua Perdana Menteri (Thailand dan Kemboja), mereka telah mengambil beberapa langkah yang kita sokong iaitu rundingan pada 14 Jun ini mengenai sempadan Thailand-Kemboja.

“Saya sedia mengikuti dan beri kerjasama (yang) diperlukan. Setakat ini dua-dua kerajaan mengambil sikap untuk meneruskan rundingan secara baik,” kata beliau kepada media selepas menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 15,000 jemaah di Masjid Putra, di sini hari ini.

Pada 28 Mei, pasukan tentera Thailand dan Kemboja terlibat dalam pertempuran singkat di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand dan wilayah Preah Vihear, Kemboja yang dilaporkan mengorbankan seorang askar Kemboja.

Kemboja kemudian mengumumkan hasrat untuk membawa pertikaian sempadan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Thailand turut dilapor mengulangi komitmennya untuk menyelesaikan isu sempadan dengan Kemboja melalui usaha damai mengikut undang-undang antarabangsa, serta perjanjian dan memorandum yang berkaitan.

Susulan ketegangan itu, satu rundingan yang dijadualkan melalui platform Suruhanjaya Sempadan Bersama akan berlangsung pada 14 Jun di Phnom Penh.

Usaha itu dijangka menjadi langkah penting ke arah penyelesaian damai jangka panjang antara dua negara jiran ASEAN tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings